Thursday, June 13, 2013

expect the unexpected

bismillah.

kadang2 tu kita rasa segala benda di sekeliling kita tak betul sokmo. segalanya tak betul. tak islami.
almaklumlah, kita ni kan ex-sekolah agama, or ex-dq, or geng2 budak baik kan
tapi memang betul pon sekeliling kita memang banyak jahiliyyah2 yang dah jadi macam benda biasa

paling geram, ada ke patut kalau nak kerja kat tempat2 macam foto-zzoom, guess, zara bla3 kedai3 tu lah, takleh pakai tudung. ok tu satu, maybe dah biasa dengar. yang paling takleh bla, bila ditanya boleh solat tak masa kerja jawapnya tak boleh. omg ni malaysia kotttttttt negara islam (walaupon xseberapa but still agama rasmi) tapi apesal nak hire orang macam kedai kau kat london jee - mak kepada kawan cerita

tutup cerita cari kerja tu, berbalik kepada jahiliyyah di sekeliling
dalam mendepani perkara2 yang tak 'masuk' dengan diri 'kita' , tolonglah jauhilah dari bersikap kasar dan macam menyindir2. apa kita ingat orang lain dapat tarbiyah macam kita? masuk sekolah agama/dq macam kita? dapat parents islamik macam kita?
bersabarlah...dan berbaik sangka. but of course disusuli dengan kita berbuat sesuatu dengan perkara tak betul tu.
tapi nak mintak janganlah terlalu disuarakan segala benda yang macam kita rasa tak kena tu. kat fb
sampai nada post tu macam kitalahhhh yang paling baik yang paling suci yang paling islami. huuu. tak tahu.
contohnya
kalau budak2 yang KITA ANGGAP kurang faham tu baca, tak kecik hati diorang? tak makin menjauh diorang dari kita?
contohlaa ada orang pakai pakaian menampakkan aurat kat asrama.. memang kita sakit mata sebab kat tempat lama kita dulu orang berlitup tutup(?)
tapi janganlaa pandang slack, pandang macam nak makan je sister tu. sebab kadang2 ada je sisters yang TAK  TAHU batas aurat sesama perempuan weh true story, until diorang terbaca poster kat toilet pasal batas aurat sesama perempuan.
yang dah tahu pulak pastilah sangat takes time untuk dia ubah tabiat dia.. again, background kita bukannya sama..
dan banyak lagilah contoh2 lain. banyakkk sangat.
tapi timbul pulak lagi satu masalah, bila kita nak masuk sangat dalam crowd, kita mencair. mencair dan mencair last2 takde beza pon kita dengan orang yang takpernah dapat tarbiyyah!
solusi?
as the saying goes, terbukalah tapi jangan hanyut. berprinsiplah tapi jangan jumud.
eh tu solusi ke? spesifik sikit! (sambung post lain)

ok post ini ayatnya sangat berterabur. tak kesah, aku baca sorang. agar aku beringat2 di masa hadapan. sebab setahun yang lepas, bila aku mula melangkah ke cfs, aku pon seperti di atas.
dan ini adalah apa yang Allah ajarkan aku selepas setahun. untuk lebih berhikmah. lebih berbaik sangka. dan lebih berlemah lembut.

moga Allah pelihara kita dari perasaan perasan bagus dan mulia. 

p/s: ni baru cfs okeh. the not-yet-real-world. 

No comments: