ada orang kata, kekuatan bisa diraih dengan 3 cara :
1. Qiam
2. Siam
3. Diam
ohoh, no 2 yang siam tu bukan siam thailand eh, tapi siam = puasa. ya, sod di depan tu.
begitulah perkongsian ringkas daripada ukhti yang disegani tu. simple, yet deeeep.
kalau aku sendiri, aku ada masalah untuk melazimi puasa. hohh. peluhh. bukan sebab aku ni pelahap gemar makan banyak2, tapi perut aku memang kurang lasak sikit. isk2. dan pula, setelah diuji Allah dengan gastrik sementara tahun lepas, makin susah pula aku nak berpuasa.
bak kata ayah aku, aku ni small but frequent eater. tambah pulak masa cuti ni dok rumah, ada je benda best best yang boleh dikunyah. hoh.
tapi terasa pedih bila baca satu status ni, dia cakap yang kita kena biasa2kan diri dengan puasa. jangan dok manja manjakan perut tu. kerana tu kan salah satu cara yang agak efisien untuk melatih diri mujahadah, juga antara sunnah2 lazim ar rasul.
tak boleh jadi ni, bisikku pada diriku. in sha Allah akan mula kembali melazimi puasa seperti dulu2. aku rasa sebenarnya boleh je nak puasa. in sha Allah boleh. buktinya, masa bulan ramadhan, aku telah berjaya kot. alhamdulillah. tapi setiap kali nak puasa tu aku dalam sujud memang berdoa sangat7 agar Allah beri aku kekuatan hati dan fizikal untuk puasa ni. dan juga ditambah dengan sahur yang berat. wihihihi.
ok macam gedik pulak. ingin mula melatih diri untuk kurang menjadi cerewet
Hello world!
4 years ago
No comments:
Post a Comment