Sunday, October 7, 2012

a thing or two i'd like u to know

bismillah walhamdulillah.
wassolatu wassalamu 'ala rasulillah..

setelah begitu sekian lamanyaaaaaaaaaaaa tak update blog
bahkan hampir terlupa aku ni ada blog, sampailah masa usrah haritu, naqibahku kata : "nanti share2 la input yang kita dapat kat orang lain. yang ada blog tu, haa share la kat blog"

sampai je kat ayat tu, aku siku2 ustazah noraini kita yang begitu aktif mengupdate blog dia hoho.

#############

Nabi kita pernah kata : "ada 2 nikmat yang telah disia2kan oleh KEBANYAKAN DARI KALANGAN MANUSIA. iaitu nikmat SIHAT dan MASA LAPANG" (riwayat bukhari)

cuba bayangkan, tiba2 madam susilawati (ni lecturer chemistry aku eh) dia announce yang exam final sem kali ni RAMAI DARI KALANGAN KELAS G2 yang fail.
secara logiknya, kalau kita ni budak kelas G2, kita mesti rasa terancam. betul tak?
mesti rasa tak senang duduk, rasa macam 'eh aku ke ea yang fail tu. entah2 aku, jawab haritu pun tah pahape je'

begitulah.
jadi bila nabi kita yang konfem2 lah takkan berkata sesuatu yang bohong cakap ramaiiiii dari kalangan manusia yang sia2kan nikmat sihat and masa kosong dia, sepatutnyalah kita terasa, dan berbuat sesuatu so that kita bukan daripada kalangan tu.
sepatutnyalah kan. biasalah hidup ni memang banyak perkara yang 'sepatutnya'. tapi ramai je yang tak terasa dengan hadith ni. (termasuklah aku) yelah kan, kononnya dah familiar sangat dengan hadith ni, pqs dulu2 pon ada belajar. hoh.

nak kata lagi, 2 nikmat ni, hanya akan terasa dapat dimaknai, bila kedua2 ada.

contoh, kalaulah kita ni baaaaanyak masa lapang, tapi kita ni tak sihat. nak belajar lama2 pun pening ye dop. nak sujud lama2 kang hingus meleleh pule.
macam tu jugak, bila kita sihat wal 'afiat, bmi pun normal, tapi busy tak hengat dunia akhirat. memang tak menyempat lahh nak baca buku2 tarbawi ke, solat zohor pun gitu2 je sebab kejar masa kelas (astaghfirullah)
begitulah.

dannn, aku pun bakal menghadapi buat pertama kalinya final exam kat cfs ni. lepas tu, bakal bercuti 3 bulan sampai termuntah. fufuhh.
doakanlah aku dapat hadapi exam dengan baik, dan akan memanfaatkan semaksimanya cuti 3 bulan ni.
ni cuti terpanjang aku kot setelah habis f5. mana taknya, habis je spm, ada seminggu je gap before daftar masuk dq. habis je dq, ada seminggu je gap nak daftar uia pulak.
begitulah.
moga Allah akan menyibukkan aku dengan segala macam kebaikan sehingga aku penat dan tak ada tenaga dan masa dah untuk dibazirkan dengan perkara lagha apatah lagi maksiat.

dan, aku sendiri masih dalam proses untuk mengimplementasikannnn sangat2 hadith yang begitu bermakna di dalam hidup aku. note the word 'masih dalam proses'. means, bukanlah aku orang yang terbaik dan paling beramal dengan hadith ini. moga2 para pembaca yang membaca lebih2 lagi beramal dari diriku.
(eh ada ke pembaca)

waAllahua'alam.

2 comments:

aisya zainal said...

is it makcik ila?
dia sangat aktif di area alam damai. wahhh, dia ajar saffana ! ^^,

superserikandi said...

haah, mak cik ila!!! waaa, akak selalu program dengan dia ke? at first sy tatau pun dia makcik2 kite, tp bahasa dia macam nampak ada fikrah je hihih. bila tengok kat fb dia, haa sah la :)