Friday, June 15, 2012

of 2 years


bismillah.

tiba2 banyak mood pulak nak mengupdate cik fityah ni kan.
dalam sebulan dua ni, aku selalu berada dalam situasi yang orang kampung kita panggil sebagai dilemma.
dilemma between two choices, or more. sebagai contoh.. adalah contoh2nya yang tiba2 aku malu nak share kat sini haha
malu sebab, haritu baca buku saksikan bahawa aku seorang muslim karangan pak salim a. fillah yang sangat best itu
jadi aku pun ter came across satu ayat ni yang sangat sentappps.
lebih kurang macam ni lah,

" kita menangis kerana risau akan nasib kita di dunia. sedangkan para sahabat menangis mengenangkan nasib mereka di akhirat "

pheww~
malu pulak bila fikir aku ni dok risau fikir pasal apa je. memang betul dunia ni jambatan ke akhirat, tapi nya kadang2 risau pasal benda kat dunia macam dah the end of the world je kalau tak dapat apa yang kita targetkan.

contoh, memang aku target nak buat setahun je foundation programme kat cfs ni. al maklumlah, kite ni pun dah tua setahun daripada budak2 lain ye dop. tapi jauuuuuuuuh di sudut hati aku memang ada rasa2 yang aku tak dapat nak bawak setahun punya crash prog. ada rasa2 tak mampu. dan yang selalu terngiang2 kat telinga ialah ayat "innahu 'aliimun bizaatis suduur"
sesungguhnya Allah sangat tahu apa yang ada dalam hati kau tu. jauuuuh di sudut hati yang kau dok sorok yang kau tak nak orang tahu tu, ALLAH TAHU.

so sangat berdoa ya Allah aku seriously sangat bodoh and sangat tak tahu apa yang terbaik untuk aku and aku sendiri pun tak pasti akan kemampuan aku. Kau takdirkanlah apa yang tertampal kat notice board nanti yang terbaik untuk aku.

and guess what, bila cek num matrik, aku dapat subjects untuk 1-year-prog. alhamdulillah, tak putus2 aku lafazkan dalam hati. tapi di sudut hati yang lain, still ada sikit ragu. mampukah? dah lah aku kena attend english classes for 9 hours per week. core courses lagi. elective courses lagi. mampukah?

tapi aku nyah2kan je bisikan2 ragu itu, sebab aku yakin Allah dengar doa aku. dan mungkin itu yang terbaik dan Allah takkan bebankan aku dengan something yang aku tak mampu.

somehow. cerita tak habis lagi. keesokan harinya, tertampal pula notice terbaru, siapa yang dapat 1-year-prog tu kena pulak meet the minimum requirement untuk result spm. iaitulah biology kena at least A- and chemistry A.
yang hat chemistry tu aku tak lepas.
makanya, in sha Allah secara rasminya aku pun ambik program DUA tahun.

tak dapat dinafikan lah, memang menangis gak dalam hati. lama kottttt dua tahun. lagi lama daripada duration aku dok kat dq. seriously lama. bagi aku lah. mungkin aku rasa lama sebab umur pun dah tua setahun daripada yang lain as mentioned above.

but then, still, Allah knows best. dan itulah jawapan doa aku yang sebenar weeheehee. dan setelah menrasionalkan akal dan mengingat2kan diri tentang tawakkal dan redha, dada aku rasa teramattt lapang. alhamdulillah, inilah batas kemampuanku.

memanglah grad lambat sikit daripada orang lain. tapi nak citer hidup esok pun tak tentu lagi ye dop. after all, age is just a number. yang penting macam mana kita memaknai usia kita tu. dan teringat bila syeikhah anisah mintak kita listkan apa kita nak buat kalau hidup kita ends at the age of 20. dan teringat juga sharing sorang ukhti ni pasal umur.... T_T

sebab akhirnya kita hidup ni is not only about grad awal semua tu, kita kena take into account juga dakwah dan tarbiyyah yang sepatutnya ibarat nafas kita tu macam mana

teruskan melangkah. =)

No comments: