Sunday, November 27, 2011

melajukan DnT lah harapnya

"Daie yang tak reti drive itu daie yang tempang"

terkebil2 jugaklah aku mendengarkan statement seorang ustaz yang diulang sebut oleh kak KD.
macam, wargh, begitu sekalikah. tempangkah kalau tak reti bawak kereta??!!

tapi ada benarnya. cuba bayangkan, contoh macam ain la dia kan macam qawiyy sikit kan (wahaha ain kena balik ;p ) tetiba dia dihantar sebagai naqibah kat universiti memana lah. tetiba dia tak dapat nak follow up, sebab apa, sebab dia tak reti bawak kereta. padahal kat rumah dia ada je kereta. motor ke. tak kisahlah apa2. cuma tak boleh nak bawak. ye lah dah tak reti. kawasan tu pulak mungkin la pedalaman ke tetiba tak ada public transport pule kan.

ha kan dah susah. bak kata kak dina, akan memandulkan dakwah di situ. eh, begitu sekali ke huhu. aku ni memang, suka sangat main quote orang cakap apa

tu satu contoh. ada banyak lagi contoh. nanti boleh brainstorm sama2 (haha tak perlu tak perlu)

jadi moral of the story kat sini, ambiklah lesen (dan pandai bawak kereta ye sebab ada je orang ada lesen tapi tak reti2 bawak gak sebab dah lama tinggal stereng, fobia lah macam2)
dan aku semacam excited lah daripada kalangan serikandigen12 pong dah berapa orang lepas jpj test. wani mera' malin
dan yang bakal berlesen ati angah(kenal ke angah saya siapa hoho) baini farah nadiah dijah and so on.

alhamdulillah. so rehlah next sem ni bab pengangkutan dah settle la eh.

thumma alhamdulillah, aku juga diberi ruang dan peluang oleh Allah untuk ambik lesen cuti sem 2 ni. dan aku dah pun attend ceramah KPP yang seharian suntuk ngantuk killes ok kawan2.

nak ceritanya, aku punyalah susah payah ronda rondi satu taman tun , damansara semua nak cari driving school yang murah. ada je dekat dengan rumah aku ni, metro punya. tapi harga memang boleh kena demam kepialu aku nak membayarnya. agak mahal sikitlah compared to other driving schools. tapi akhirnya aku end up ambik kat metro disebabkan metro ni orang islam punya kompeni, driving school lain cino belako ( hoho racist kah aku, tak2, religionist je)

nak ceritanya lagi, macam mana entah abang aku contact and deal dengan orang metro, tahu2 keesokan harinya orang metro tu datang rumah pukul 8am bawak aku pi kampung melayu subang. untuk dengar ceramah kpp yang aku taip kat perenggan sebelum2 ni

aku suruh gak abang aku teman ikut, bukan ngada2 atau manja ye kanak2, tapi aku tak tahu lagi cikgu yang akan mengjemput aku tu laki ke puang. tapi abang aku macam takde kerja lain je nak meneman aku pulak la kan jadi aku end up pergi sorang2 sobs T_T

sampai je kereta metro tu kat depan rumah, aku keluar, sampai je kat kereta, guess what. cikgu lelaki ye. dan tak ada student lain kat dalam tu. gagah2 je aku bukak pintu belakang, tetibe cikgu tu cakap, ehh duduk depan sini. aku macam, ok duduk depan kah T_T terus aku teringat kawan aku pernah cakap, setengah orang dia tak suka kalau passenger dok belakang, sebab dia terasa dia tu macam driver. so dengan nama Allah, moga Allah pelihara segala2nya aku pong dok depang (asal aku kena jangkitan ganu ni) -aku tak pernah dan tak pernah berani untuk naik teksi yang driver nya lelaki sengsorang okeh dan hanya pernah jumpa teksi yang driver nya perempuan hanya sekali seumur hidup-

sepanjang jalan tu dia bertaaruf pule dengan aku padahal muka aku rasa teballllll je maluuuuuu killes serious. time2 tu jugaklah aku sms dengan kak mashiii huhu menceritakan apa yang berlaku dan betapa aku malu. tapi kak mashi kata, tak apa in sha Allah, moga Allah memelihara kita. so bila dah sampai kat kampung melayu subang tu aku pun melepaskan napas lega alhamdulillah. berakhir sudah (perjalanan agak jauh ye, lebih 15 mins tak silap)

rupanya belum berakhir, sekali lagi menempuh rasa malu teramat untuk perjalanan balik pula. tapi on the way back ni cikgu dah penat kot seharian kerja so tak tanya aku apa2 dah melainkan bila ternampak myvi yang latest tu kaler kuning, dia tanya pendapat aku cun tak kereta tu.
aku pun satu, selamba badak kata, tak pun, macam teksi -.-'

maka, kepada ati yang konfem2 akan membaca post ni, silalah doakan kejayaan computer test kite esok ye. tak score pong tak apa, 42 pong tak apa janji tak payah repeat sebab kalau repeat rm40 aku terbangg lagi

waAllahua'alam.

p/s: tak jadi amik lesen motor ye sedih ni sebab ayah tak bagi, bahaya katanya tapi aku wala' je yalah ayah kite dah makan asam garam lagi banyak okeh sampai kena gout ok takde kaitan

3 comments:

pemburu.cinta.ILLAHI said...

gudlak saff. boleh buat punye la.hee~ dah nk dkt test ckp tau kt blog ni. rindu kat kau btw. gn kesengalan kau yg melampau mse kitorg dtg DQ aritu. XD

-wanimer

budak kiut said...

oit, bila kita bc post ni ha? (muke inesen)

Unknown said...

ALL THE BEST!!
JGN JADI MCM AKU..
41.. =.="