Tuesday, February 16, 2010

ada budak dorm admire aku

bismillah.

huhu. title cannot go. yee, ada budak dorm aku admire aku. tak sabar sabar nak dapat surat and coklet serta wang ringgit ( haha peja kau dapat singgit kan?)

ok lah. nak cerita dorm kitorang main satu game ni. name game ni OAG. OAG stand for orang admire game (?) entah, aku hentam je.

so modus operandi (?) game ni begini. kitorang 19 orang (ni aku cerita dorm aku la eh) cabut undi nama. macam mana eh nak cerita. camni camni.

memula ain selaku ketua dorm mengnulis nama setiap ahli dorm dalam kertas yg dikoyak sama rata. lepas tulis dilipat sama rata. selepas menggaul gaul kesemua cebisan kertas terlipat tu, kertas tersebut dilempar ke lantai dan manusia berebut rebut la ambik mana mana kertas.

nama yang tertera atas kertas yang kita cabut tu la orang yang kita kena admire secara paksarela.

takdelah paksarela ni bermaksud wajib kasi coklat setiap minggu atau kasi nafkah seminggu singgit ke. motif game ni cuma nak merapatkan ukhwah antara ahli dorm. itu saja. yelah, kot kot kita tercabut nama budak dorm yang kita tak rapat an.

peraturan nya pulak, tak buleh bitau siapa siapa pun terutamanya budak yang kita kena admire tu termasuklah budak dorm lain. kononnya, last last nanti baru la nak bukak rahsia ; sebenarnya sepanjang tahun ni akak yang kirim gula gula kat awak tu, terharu tak? dan si admirer pula menjawab ; ohh akak ke? seronok sangat! (apesal cam gedik pulak nih)

tapi, agak mustahil lah kita dapat rahsiakan identiti sebegitu rapi sebab ain sendiri lepas dapat surat pertama dia bersedih ; weh aku dah tau dah siapa yang admire aku nih. dari tulisan dengan gaya ayat pun tau dah. so kepada insan insan pesen ain yang cepat sangat kantoikan admirer dia sila buat tak tahu je walaupun dah tahu, boleh?

motif cerita kat sini cuma nak cakap saya terharu dengan usaha manusia manusia yang cuba untuk memperat ukhwah sesama mu'min. moga sentiasa berbuat kerana Allah.

ok. esok pulang sudah. dan sangat semangat. sebab esok buat pot luck dorm. ohh.. tak sabar nak makan caramel mariah dan kek batik amal.

waAllahua'lam.

1 comment:

fauziah hanum said...

wah seronok main bnde nie..time akak kiteorang panggil S.A. aka Secret Admire...

seronok..dpt mcm2..hehe(pikir material lak..)tp seyes ukhuwwah kiteorang jd mantap..cuma kantoi..sebab akak dpt tau sapa SA akak tuh..haha..

but even tau,, akak still lagi buat terbaik dan rapatkan ukhuwwah kiteroang..hargai lah saat2 main bende nie.. wlupn it just a game..^________^