Bismillah walhamdulillah.
tadi chat sebentar dengan kak *i* . beliau ni ex sekolah aku(ecece tak nak mention nama sekolah cam orang tatau je haha) spm 2003 gitu. terus teringat yang aku belum mengabadikan lagi kisah alumni 2003 datang sekolah aku haritu. best best.
rabu, malam tu. segerombolan orang orang asing yakni muka muka yang jarang dijumpai di dm,aras aras dan musolla sehari hari(asing la kan huhu) duduk bersama dalam musolla. usai solat isyak ( cett usai gitew), tirai dengan rakusnya dibuka dan rata rata pelajar puteri terkejut haha. semua musykel, ni campoq putera puteri ke dak nih..
disebabkan campoq, rata rata puteri terkedek mancari cari stokin, ada yang lari naik dorm, dan sewaktu dengannya. lepas tu, kakak dan abang alumni ni pong duduk dipecahkan kepada beberapa group, according to their courses.
aku blur blur baru sampai musolla gara gara naik dorm tak jumpa stokin rupa rupanya kat ampaian. pastu terus masuk satu halaqah kat tengah dunia (baca:musolla) kebetulan halaqah tu halaqah course yang aku agak berminat, yakni biosciences. hoho.
duduk punya duduk, kakak bioscience tu tanye kat abang bob (ex smakl juga yang menghandle malam tu) seraya bertanya, takde brothers berminat ke kat bioscience? then abang bob tu pun tanyalah memana putera yang nak. disebabkan semua cam dah syok masuk halaqah masing masing, halaqah bioscience end up takde lelaki ALHAMDULILLAH. hoho~ bebas sikit nak tanya merapu2.
taaruf punya taaruf, tetiga kakak bioscience terkezut bilamana tahu aku warga TTDI. hoho. dan aku pong turut sama terkezut tatkala mengetahui tetiga kakak bioscience itu, kak zata kak maryam kak hanis, pong, warga ttdi. my super senior lak tu! semua generasi skttdi 1. woha bangga tak bangga ~maka ada sedikit chemistry di situ ya, al maklumlah jumpa orang kampong.
habis round one, aku dah blur lagi, nak masok halaqah course apa, then teringat ada yang dari utp. aku ni buleh kata agak berminat la dengan utp sebab bukan senang oh nak masuk sana plus tarbiyah nya di situ bagus =) . tetibe, ada orang soh gi kat kak *i*. sebab beliau utp.
apa lagi, aku bersama che' wan dok sembang sembang dengan beliau. best best. dapat banyak pencerahan daripada beliau malam tu. sebab dia bukan cakap pasal skop course dia je, tu yang best. hoho.
tapi tertarik dengan statement beliau,
awak boleh nampak malam ni, seniors yang pelbagai.
hmmh, memang pelbagai pong, bisikku dalam hati.
dia banyak berpesan seolah olah, pilihlah nak jadi yang macam mana. and dia banyak tekankan kat u nanti selalu lalu lah doa kat Allah agar dikurnia kawan yang mengingatkan kita kepada Allah. erm.....
last last tu, ( ni sister lain pulak)
aku : akak dok ttdi katne?
kakak tu : oh, akak dah pindah shah alam dah.
aku : *tau* sebelum tu dok kat mana?
kakak tu : at****ha**n .
aku : *dalam hati , eyt area umah aku tu* at****ha**a mana?
kakak tu : medan
aku : medan berapa ?
kakak tu : **a
aku : oh? sama lah kita *tekezut sebenarnya tapi kontrol tak nak nampak takjub sangat.
kakak tu : ouh ye ke? *tekezut gak* rumah awak no berapa?
aku : ** . akak?
kakak tu : ** . rumah awak yang area bawah kan?
aku : haah.
kakak tu : eh, jap. awak ada abang tak?
dihabeskan cerita, dia kenal abang aku. kawan masa darjah 6. dia siap kata, dah besar dah adik dia* (merujuk kpd abg aku) huhu kecik nya dunia.
nak highlight kat post kali ni, betapa aku bangga ramai juga generasi ttdi masuk smakl neyh. asal bila zaman aku makin puput? oh oh semua nak masok sbp mrsm bagai. sob2. tak sefamous dulu. takpe takpe. low profile. hoho~
ye lah, batch aku kat skttdi 1 tu, aku sorang je la smakl. siapa entah lagi yang masok sekolah agama cam takde dengar cerita pung. nasib baik unie, masok time form 4. huhu.
oh, tahun ni ramai jumpa kawan lama. tak sabar nak hangout dengan diorang. yelah, dulu lagho senget nakal sama sama, takkan sekarang nak betul sorangsorang?
waAllahua'lam.
Hello world!
4 years ago
No comments:
Post a Comment