Tuesday, August 25, 2009

super? serikandi?

Bismillahi walhamdulillah.

!!!amaran keras sekeras batu ; post ni bosan tahap nano pico takde manfaat dunia akhirat (tapi untuk aku mungkin ada). untuk budak puteri, notis bawah sekali tu korang kena baca. sekian.

wahaha, dah tukar url. masa aku beritahu unie aku nak tukar url, lantas dia berkata, weyyy pahal nak tukar. so aku cakaplah sebab cam hidupkuceria cam paham tak apa yang ceria i dont see any ceria here. then dia kata, takpelah. jadikanlah url kau tu sebagai doa, kot2 nanti hidup kau memang selalu ceria ke. heh~

kalau tanya aku asal aku tukar, kalau nak tanya lah aku tak suruh tanya pun tapi kalau orang kampong aku kata for your information lah, (fuuh panjang bapok ayat ni tarek nafas dulu na) firstly, i myself la tak nampak apa apa cerita or unsur ceria dalam blog ni except for the words yang bercolour colour cam hape tah masam gila.

next, tetiba aku rasa cam gelabah giler url tu hidupkuceria la sangat haha ok lupakan. kalau hati hati yang sakit mungkin akan kata, haah memang gelabah gila pun kau. ok fine, kalau url aku apa sekalipun takkan buat siapa siapa jadi lapar. senang baca = tak kacau hidup korang lah. so?

tambahan pula, hidup ni mana buleh ceria ceria sangat in the sense that happy selalu boleh je nak happy go lucky tapi ustaz hafizi once said yang happy go lucky ni jenis tak heran tak perasan isu umat camtulah... tu camne ustaz define so korang buat lah definisi sendiri yek. moga moga aku dan korang tergolong dalam golongan yang lebih banyak menangis daripada ketawa di dunia..ameen..tsk tsk.

insaf mode activated~

asal super? sebab sebelum ni aku memang budget super pun superstar gitu tapi ada orang salah sangka dia ingat aku ni superstar yang jamelia nyanyi tu. perghh.. nauzubillah. nak kata superstar for islam, mangaiii perasan benor gitu ek haha. kalau untuk aku, aku anggap sebagai pendorong lah, untuk mereka yang punya hati hati sakit, mungkin kata aku nak perasan hipokrit cakap tak serupa bikin and so on ok takpe tak kisah. tapi cam panjang sangatlah pulok supertarforislam tu kan.

but then teringat kem yang aku pergi haritu. aku tak cerita pun kan pasal kem tu. adalah satu kem ni aku pergi, camne tah qada' dan qadar Allah aku adalah peserta tunggal muslimat yang form 4. paling tua gitu. lain semua bawah aku muahaha keluar kuasa veto lak. dipendekkan cerita camne tah aku 'dipaksa' jadi penghuluwati. ok sila sila kalau nak gelak 3 dekah. memang seriously cam hape je. but kat kem tu dia tak panggil penghuluwati. dia panggil serikandi.

toing3, and semua budak2 tu pun kena panggil aku serikandi atas arahan fasi. fasi2 urusetia2 semua pun panggil aku serikandi. poooodah aku tahu tak layak and every time diorang panggil aku memang rasa cam ditampar tau..cam weh seriously tak layak gila..iskk iskk..

sampai sorang budak tu tanya aku camni ; serikandi, siapa nama betul akak?
aku jawab ; saffana.
dia sambung ; huh? saujana?

nak cakap kat sini sampai dorang tatau real name aku penangan serikandi tu. hoho~ but then aku rasa macam baru balik dari kem kepimpinan je walaupun nama kem tu pemantapan tahfiz. ni semua gara2 'jawatan' sebagai serikandi yang seringkali gelabah itik menguruskan anak anak buahnya..moga moga kak dhiya' kak faz apetah lagi kak asr takkan tersinggah kat blog ni buat selama lamanya..muahaha..

tuntasnya, secara rasminya url blog ini pun ditukar sebagai superserikandi. ok, doakan. aku tahu blog ni merepek meraban gila tahap nano pico tapi, doakan. ok? doakan...

*****************************************************************

untuk budak sekolah aku, BADAR dah buat blog tapi tak smart lagi tapi korang leh la datang kalau nak tapi masih dalam kondisi yang membosankan tahap tak ingat but again takpe je korang nak datang. klik sini

untuk pelajar puteri, minggu bukak sekolah ni akan ada iftor jamaie (bukak puasa berjemaah) makan dalam talam gitu ( ok jangan kata 'wekk' pada yang tak minat makan kongsi kongsi ni) akan dijalankan by dorm wa by usrah. nantikan, kemunculannya..muahaha..pkd and penolong naqibah pls take note.

ok cukop. waAllahua'lam.

No comments: