Saturday, June 13, 2009

budak sekolah~

Bismillah walhamdulillah..
waaarghhh harini dah sabtu wa minal ma'ruf(ececee aplikasi bat neyh!) esok hari kepulangan kita semua, yakni bebudak sekolah yang dok asrama.

kemuhasabahan.

erm, apa yang aku dapat sepanjang cuti ni?
mutabaah amal apa cerita ? (er,,kak diba,,sorry..)
homework semua dah siap? (err..soalan favourite korang la ni)
dah pandai masak belajar apa? (haritu kita masak sayur untuk dinner..wohooo cool sesangat tahu tak)

dan....banyak lagi soalan introspeksi sebenarnya tapi malas nak taip. sekian. (bkn mls, x berdaya.)

nak tahu tak, ok kalau tak nak tahu pun aku saje nak bagitahu. homework english and bm tertinggal atau lebih tepat diorang meninggalkan diri kat sekolah. so sepanjang cuti ni tak dapat la huhu nak buat...solution? esok nak balik awal sikit. nak kasi siap segala homework bagai.

pastu, jamuan dorm and hang out dorm yang kunun2 nak buat masa cuti masih tak terlaksana sehinggalah ke hari ni. ain?! haha. sebelum cuti haritu punya berapi berasap la plan nak keluar..piiraah! haha. okok ada hikmahnya , ngee~

esok serious aku bakal pulang ouh. mesti ramai yang nak rindu aku ni. heh~ (mode perasan jap)tak sabarnya, jiwa meronta2 rindukan bi'ah itu. haha. fasobrun jamil...oo0okey.
but at this very same time aku amatlah cuak kentang memandangkan mesti cikgu dah siap mark paper, so? hahaa entahapapaentah la result aku agaknya. doakan~

memandangkan esok nak pulang dah, dan isnin nya kita bakal memulai semester 2 tahun 2009, aku ada lah sikit2 azam yang budget2 nak buat. antaranya, ... biarlah rahsia.

heh, pejam mata bukak celik dah masuk sem 2 form 4 dah aku. bulan yang tinggal amatlah sedikit untuk tahun form 4 ni. sadis sikit la. tahun ni la orang kata honeymoon year (pale hutaks mu) tapi aku rasa cam saltmoon je. heh.

apa pun, being a fourth former ni agak mematangkan diri. wakakak..matangkah?


taman islam di tengah2 kuala lumpur. lets be ghuraba' !


satu benda yang sangat2 nak streskan pada diri adalah soal niat. yeah, niyyah. okok aku tahu mesti korang nak quote hadith 1 dalam arbai'n tu. haha.

berbalik kepada soal niat (jazakillah to kak sadiq atas 'muhasabah' semalam..kui3) kakak ni kata, antara cara nak tengok ikhlas/berkat tak kita belajar, cuba test lepas2 tu kita ingat lagi tak pelajaran2 yang kita belajar/memorize tu. huh! terketuk benar.

dah, banyak lak bebel. so aku nak tukar status aku tu siap2. sebab lepas ni kot2 tak on dah.

dan Saffana, belajarlah. kerana Allah, demi Islam itu sendiri.

Kegemilangan Islam bermula di medan jihad ilmu.

Allahua'lam maa laa na'lam.

No comments: