Thursday, April 30, 2009

ke-kawad-an

Bismillah.

K.A.W.A.D. satu perkataan yang lately ni jadi sedikit 'kebencian'ku lantaran betapa 'kawad' itu sangatlah menuntut pengorbanan masa (untuk latihan), harta (untuk beli aksesori), tenaga (kawad kot?) dan tah pape lagi kot. apa pun, ada la good side nya gak, ok.

sejak kawad peringkat sekolah dan sekarang nak gi peringkat negeri dah, barulah aku tergerak hati nak mencoret berpatah patah kata pasal ni. bila hati tergerak, ia akan menggerakkan anggota tubuh badan lain yang lain seperti tanganku yang sedang rancak berjoget di atas keyboard lusuh(?) ni. haha~takde kaitan.

ada apa dengan kawad? apa je yang kau, duhai diriku, nak cerita pasal kawad?

takde papepun, skadar catatan buat diri ini terutamanya, dan untuk shark kot, sebab aku tahu walaupun takde siapa baca blog aku, shark tetap akan baca. wakkaka~ nailah kena paksa baru baca :p .

sebenarnya, banyak 'kawad' itu sendiri mentarbiyah diri ini. bukan hanya dari segi jasmani(di mana aku kononnya dan sepatutnya menjadi lebih sihat bila join kawad ni, tapi sebenarnya jadi sakit lak sebab selalu escape dinner. isk~ ) tapi kalau segala benda tu kita pandang dari sudut kaca mata iman, kasih sayang, dakwah, pasti ada ibrah yang buleh kita kutip. yang jernih kita ambil, yang keruh kita habis2an cek, ambil kot2 ada lagi yang boleh guna, baru buang. (paham ke?)

pertama, aku terharu tengok krs punya pelatih luar(taknak mention nama kot2 dia tersinggah blog aku pastu terbaca aku puji dia then dia riyak.haha~) yang sanggup datang melatih korang tak kira pagi tengahari petang dan malam. padahal, dia tu bukanlah ex smakl. hubungan kekeluargaan dengan korang pun takde. senang citer satu sen pun dia tak untung la melatih korang, betol tak?(pada lahiriah nya la)cuma aku dengar2 citer diorang begitu tegar latih korang disebabkan amanah daripada cikgu diorang, eh?(kalau salah fakta,betulkan). lihat, betapa amanah mereka itu terhadap amanah cikgu diorang. dan betapa sanggup berkorban masa, tenaga, harta, minyak motor, dan tah pape lagi untuk melatih korang. dan kalaulah 'sikap-sangat-menjaga-amanah' dan 'sikap-sanggup-berkorban' semacam itu gunanya untuk mengislah umat ini. subhanallah..

kedua, kerana kawad, semua berlumba lumba menepati waktu untuk masuk barisan(em,bagus2,harisun ala waqtihi). cuak giler kalau ketua kadet suruh squad jump sampai 100 kali. tapi bila mana dah iqamat(bukan azan lagi tu) berapa ramai masih meronggeng atas katil? or mungkin di bawah kipas di tengah dorm? or mungkin berjoget2 di prep, dm, dan seumpamanya.(peringatan buatku jua, oh!) padahal yang menyeru kita tu adalah 'komander' Allah. iskk... kalaulah 'sikap-sangat-menjaga-masa' semacam itu gunanya untuk bangunkan islam, kecikkan skop sikit, untuk bangunkan smkakl..subhanallah..

ketiga, sanggup tak dinner, pasrah terlepas supper, kerana kawad. sanggup mengorbankan waktu2 sebelum maghrib yang sepatutnya digunakan untuk tilawah sikit, zikir2 sikit, dengan makan di pertama(yolah kan dah tak sempat makan) atau mungkin terbaring kepenatan. seorang sahabat pernah meluahkan perasaan, betapa solat maghribnya dalam keadaan penat, solat isyaknya dalam keadaan pening2 lalat+weng2 sikit, lantaran penat berkawad. (uh, sama je ngan aku, dan kita semua yg terlibat, tol x?) maka, apakah? kerna kawad, 'kesedapan beribadah' selama ini dikorbankan? wah.

keempat, betapa patuh kita pada ulil amri. yakni ketua kadet. beliau kata belok kanan, kita belok. kata belakang pusing, kita pun pusing. disuruh squad jump, ya pasti kulompat. kalaulah kepatuhan semacam ini betul2 disalurkan ke arah kepatuhan kpd Allah..kpd Rasulullah(saw)..kpd guru2,warden,pengawas,badar,mpp. subhanallah.

kelima, masa kawad, salah sikit, terus kena squad jumpe. strict gila. haha. kepala tak dongak, kena jerit dari jauh. tangan hayun tak tegas, ditegur dan kita pun islah on the spot. ON THE SPOT, beb. masa tu takde istilah 'perubahan takleh mendadak,nanti tak kekal lama'. hebat, kan? kalau nak berubah daripada susi melampau kepada menjaga, daripada pandang enteng soal aurat kpd menjaga, drp solat lambat kpd awal, wah, takleh mendadak ni! huhu~ (ikut tafsiran korang sendiri la ye..ni mengikut my point of view..)

dan sebenarnya banyak lagi nilai2 yang kalau kita perhatikan, kadang2 tu terkagum jadinya. tapi next time la aku cerita lagi memandangkan sekarang ni aku perlu berkemas2, esok nak kena pulang awal sebab ada latihan kawad.

ha, pengorbanan lagi tu! kalau takde latihan tak kuasa la aku dengan tak semena menanya nak balik awal. huhu~

betapa aku simpulkan di sini, kalaulah nilai-nilai yang kita dapat terapkan sepanjang kawad itu, kita aplikasi dan implentasikan dalam kehidupan seharian, kalaulah 'akhlak' semacam ini gunanya untuk Islam, subhanallah.

dan, betapa catatan ini sangat utama ditujukan untuk penaip itu sendiri. serious.

jom, Fastabiqul khairot !

waAllahua'lam.

2 comments:

Nailah703 said...

masyaAllah...sungguh,sgt,amat alhamdulillah, mantap btol isinya saffana! pringatan buat diriku jua. syukran jadzilan acik.
bila plak kena paksa? dgr kerelaan tau. sbb ada post baru..dtglah :p

SuKelapa said...

cakap sal kawad nie...
miss nyer kawad bomba smakl...
hihihi...
all de best k sumer...