Sunday, February 1, 2009

barbeque.

Bismillah walhamdulillah.

hm, sepatutnya post ni terlebih dahulu post mahu pulang. tapi takpelah. langkah bendul.

nak dijadikan post, batch sembilan belas yang sangatlah unite (doa ni)itu ingin mengadakan ala ala reunion kot, untuk form 3 2008 khususnya. tapi form 4 2009 yang baru buleh ja nak join. ada duit, semua jalan. ahah.

tadi dapat 2,3 sms, daripada sahabat sahabat la of course takkan daripada jin pulok.

sms tu kata, kalau nak pakai tudung bidang masa jamuan jumaat ni, bawaklah. tak tahu lagi buleh pakai tak. just bawak.

spontaneously, ana terimbau memori 2008. malam makan beradab. hm, seingat ana yang kadang kadang lupa ni, kelonggaran diberi kepada pelajar puteri yang berhajat nak pakai tudung bidang aka tudung tidak berjahit ( just to let u know, disekolahku tidaklah buleh untuk memakai tudung tidak berjahit, peraturan. ) . tapi bila kelonggaran tu diberi, apa jadi?

meh ana jawab apa yang jadi. apa yang terjadi adalah ada segelintir ataupun mungkin sorang dua je. yang pakai tudung bawal, tu satu. bidang tak cukup, tu dua. takdelah ana pergi kat dia dan ukur tu bidang berapa tapi obvious sangat.

cop, ana tidaklah sewaro' antunna, yang mungkin berjubah berpurdah di luar sana. tidaklah begitu.

cumanya, ana harap kita masing masing sensitif la terhadap pemakaian kita dalam bumi smkakl.

cop, bukan mengajar untuk hipokrit!

hanya ingin mendidik diri sendiri terutamanya, untuk menghormati bumi smkakl.

makanya, kalau nak diteruskan kelonggaran itu, haruslah ada tapisan dibuat untuk tudung tudung bidang.

ana bukanlah seorang yang berjawatan dalam batch, makanya post ini hanyalah untuk meluahkan cadangan kot. dan peringatan buat diri. hm. lagi satu, pasal make-up. alat solek. tak silap ana, kita hanya buleh bersolek solek hanya pada malam lipur puteri, kan. tapi pada malam makan beradab tu ada segelintir yang make-up nya pergh. faham faham saja. terkejut, tapi dah terlewat untuk kata apa-apa. sebab masa tu dah selamat dalam dewan makan. apapun, sepatutnya ana ingatkan sahabat tu lepas habis acara. namun, khilaf ana sendiri, tak punya kekuatan untuk bersuara. astaghfirullah~

benda ni benda dah lepas. bukan ana saja nak ungkit ungkit. tapi george santayana kata, siapa yang melupai sejarah akan mengulanginya.

mu'min is not supposed to repeat the same mistake.

harapan ana pada majlis barbeque ni, tiada yang susi, tiada lagu lagho dipasang, tiada pembaziran.

cop, ana tidaklah 24 hours dengar ikim, but again, ini soal hormat. ya, hormat bumi smkakl.

dan post peringatan-buat-diri-dan-batch-khususnya ini, tidak lain dan tidak bukan, kerana sayang.

ana sayang batch ana, dan ana harap sayang ana kepada batch ana dapat membawa ana pada kecintaan kepada Allah.

i'm speaking to myself before i speak to anyone else.

ampun maaf ada tersalah bicara, harap dibetulkan.

Together We Achieve Mardhotillah.

waAllahua'lam.

2 comments:

Nailah703 said...

wah..dah jd motto btol ni
^_^
hmm...sejarah sbg iktibar,kn?
mcm dlm sms kak naj:
"kita mungkin kalah,mungkin menang. Namun org mu'min tdk akn mengulangi kesilapan"
ya! kitalah mu'min itu, insyaAllah
^_^

superserikandi said...

ok gak jadi motto..scooter..hahah