Sunday, August 9, 2009

qalb,,

Bismillah.

adik2 usrah TN [antunna tau antunna siapa] , akak mintak maaf dari hujung tudung labuh hingga hujung stokin sekolah sebab tak sempat jumpa antunna sebelum trial. waaaaaaaa sedih sedih!

walaupun kita dah plan nak buat short liqo' masa supper ahad malam, but Allah knows best, akak tak bisa balik sekolah lagi, dan pagi ni akak yakin antunna tengah berjuang dalam dewan sekolah, paper BM kot. mungkin, Allah nak antunna tidur awal kot. haha. kalau kecek2 ngan akak kang tak ingat dunia wa trial dah tong tang tong tang bersembang, kan kan. haha. perasan.

apa pun, may Allah yusahhil umurana, segala urusan antunna, urusan kita semua, moga2 mudaaah je nak jawap. ameen. -end untuk usrah terchentaku walau korang tak chenta akak-

***************************************************************

serasanya, macam dah rasa dan nampak cewah, ramadhan melambai lambai. iskk iskk. sabarlah duhai hati, sabar itu cantik macam aku.

tapi, harapanku agar hati ini dalam kondisi terbaik tersihat terwangi tercantek demi menyambut ramadhan...iskk iskk...futur berpanjangan tu tak baik auu..

lagu yang currently berputar-joget di eardrum ;

Tuhanku ampunkanlah segala dosaku
Tuhanku maafkanlah kejahilan hambaMu

Ku sering melanggar laranganMu
Dalam sedar ataupun tidak
Ku sering meninggalkan suruhanMu
Walau sedar aku milikMu

Bilakah diri ini kan kembali
Kepada fitrah sebenar
Pagi ku ingat petang ku alpa
Begitulah silih berganti

Oh Tuhanku Kau pimpinlah diri ini
Yang mendamba cintaMu
Aku lemah aku jahil
Tanpa pimpinan dariMu

Ku sering berjanji depanMu
Sering jua ku memungkiri
Ku pernah menangis keranaMu
Kemudian ketawa semula

Kau Pengasih Kau Penyayang Kau Pengampun
Kepada hamba-hambaMu
Selangkah ku kepadaMu
Seribu langkah Kau pada ku
Tuhan diri ini tidak layak ke syurga Mu
Tapi tidak pula aku sanggup ke neraka Mu
Ku takut kepadaMu
Ku harap jua padaMu
Moga ku kan selamat dunia akhirat
Seperti rasul dan sahabat

raihan-damba cintaMu ; ohh, nasyid dedulu memang evergreen menyentak iman mencocok hati hingga ke back bone...

doakan, hati ini. shark, yatt, jom balik.

waAllahua'lam.

Saturday, August 8, 2009

bintang datang,,

Bismillah walhamdulillah.

setelah berabad era aku tak mengepost dengan sebenar benar post, dan aku tak kata pon kali ni adalah post yang sebenar benarnya. tengok, ayat pun keling semacam. entah lah, lately ni aku perasaan cam takde pasal blog mlog ni.

apa pun, sebagai penunjuk aras (huh?)aku alhamdulillah masih hidup, ada lah beberapa isu berbangkit yang suka aku capubkan di sini. huarghh..isu berbangkit apa nya, events je sebenarnya. ok lupakan.

isu di sekolah ;
ramai sakit, alhamdulillah, inna lillahi wa inna ilaihi rooji'un.
malam li-po puteri.
malam kebudayaan dan keseniaan Islam.
pesta buah.
hari koperasi (jual kalkulator saintifik rm10 je wooo aku tak beli pon tapinye)
ramai cikgu dapat anak, alhamdulillah.
budak ramai sakit, so sekali angkut gi klinik naik bas, dah ar penuh. cam gi lawatan ke apa je.
paling hangit,
pilihanraya umum = pembubaran mpp, badan pengawas dan segala badan induk lain yang belum rasminya lagi.

dan..banyak lagi sebenarnya tapi seriously dah lupa. huh, makan semut banyak sangat ke weh. ok motif giler tetiba nak makan semut.

finally, balik gak aku ke rumah. benarlah, di setiap kejadian ada hikmahnya yang tersendiri (perghh skematikus nyaa ayat!!!) kerana kekurangsihatan inilah aku bisa pulang..woohaa! yer ar, 3 minggu tak balik jadi cam apa je kepala hotak ni. (padahal every week lebih sekali boleh surf internet, masa mod. maths boleh..kat pse pon boleh..saja nak balik..bukan sebab internet je ok.)

haritu, air takde. kering bin kontang gilos. dah la pepagi buta buat panic at the disco je. nasib baik haritu bangun awal lebih sikit so masa time aku gi bilik wudhuk ambik
air adalah jugak mengalir keluar walaupun sejemput ciput je..adeeh..tapi xpe, lai'n syakartum laaziidannakum / kalau kau bersyukur nescaya Allah tambah nikmat kat kau.
dah tu kan, again, setiap kejadian tu memang sah lebih 4 orang saksi laa ada hikmahnya di mana keesokan harinya kitorang dibenarkan balik. ngeh3. walaupun sehari kan, nikmat tu.






pastu untuk mereka2 yang dah lama tak jejak bumi smkakl(khususnya kengkawan batch aku ar)korang ingat lagi tak betapa rendang wa redup wa sejoknya laluan dari aspuri ke musolla? ke dewan makan?? tepi court merah??? yaa..pokok pokok itu telah ditebang tebang tanpa belas kasihan.. iskk..berapa ramai warga aspuri sedih.

tapi sorang sahabat ni kata, sorang cikgu ni kata, pontianak buat drama kat pokok2 tu. tu yang potong tu. kawan lain lak buat lawak spastik, then the pontianaks nak dok mana? dorm kau? ok jangan persoal aku tak nak tau pon mana diorang duduk ok. but then sorang kawan lain kata, actually penebang tu telah salah menebang.

sebab kan, kalau korang perasan gondol sangat kan depan aspuri tu? cam botak giler ok. iskk. sekarang memang terasa bahang panas giler la. iskk2. ok takpe. naaru jahannama asyaddu harra! / neraka itu lagi panas kot weh! (bukan kot tapi memang.) pasni kene buat kempen tanam pokok banyak2 ok. sebenarnya aku terburuk sangka yang aku sendiri tergelak sebab buruk sangka aku ni ala2 lawak antara pokok lak bunyinya. mungkin pokok tu ditebang sebab nak dibuat kertas untuk periksa final? harharr.



dah dah. tajuk post aku tuh hanya aku dan certain bebudak dorm,kelas,batch,puteri je yang tau pe maksudnya. haha. takyah tau pon takpe, takde manfaat dunia akhirat pon.

" wahai Allah, berkatilah kami di bulan Sya'aban dan sampaikan lah kami kepada Ramadhan.."

till then. keyboard off.

waAllahua'lam.

Thursday, July 30, 2009

deTENTION or deTENSION ?

Bismillah walhamdulillah.

sedih, tak tipu. minggu ni patutnya balik, tapi disebabkan... ehem... maka tak boleh balik. detention class gitu. hoh.

segala puji dipulangkan kepada Allah, aku yakin hikmah yang tersangatlah besar bila kena detention class ni. boleh la aku belajar bebanyak sikit, cewah! tapi, masalah problemnya berapa ketul student je la yang tinggal ..

nak dijadikan post, lately ni raaamai tak tipu budak sekolah aku sakit. demam2, yang disyaki h1n1 pun dimaklumkan ada seorang semalam. nauzubillah.. tapi, itulah. detention class ni jadi tak best sebab ramai sangat balik, so cam sesangat tak aci. sebab aku tau ada yang tak sakit dapat balik gak dengan sesuka sukinya memandangkan warden sekarang tengah sangat2 murah tandatangan. aku,,,terketuk dengan tazkirah us. hafizi haritu. makanya, kalau aku buat2 sakit kang, apa nak jawab depan Allah nanti...cewah...budget waro' lak..astaghfirullah..*cett, keluar rehat dan balik awal..balik prep awal..tak lak piker pasal nak jawab depan Allah...astaghfirullah..

apa pun, bersyukurlah ya sedara sedari dan terutamanya diri sendiri. Allah sudi bagi kita sakit, mungkin kita dah terlalu lalai daripada mengingati-Nya. sebab sihat sangat kan. bagus gak sakit ni, free2 je dosa terhapus. alhamdulillah 'ala kulli hal..

ya daafi' al-bala' , ya Allah !..

waAllahua'lam.