Friday, December 28, 2012

qud-wahh!

pernah tak jumpa orang yang membuatkan kita can't take our eyes from them?

orang tu opkos lah yang sejantina yarr. saje nak mention sebelum timbul gapo2 spekulasi liar =p

sem lepas, Allah mempertemukan aku dengan beberapa insan yang, subhanallah, dengan sekadar memandang muka mereka2 ni je automatically mulut kita dan hati kita bertasbih. immediately teringat2kan Allah.

bukan sebab mereka2 ni cun macam lisa surihani ke apa, tapi, entah, inilah kot yang dikatakan sebagai "siimaahum fi wujuuhihim min atharis sujud" - tampak pada wajah2 mereka kesan sujud.

subhanallah.

dah tu, tasbih aku tadi tak terhenti di situ. tadi tu baru tengok muka je. sekali tengok qudwah, ma sha Allahhh, cair aku dibuatnya!!

akhlak sangatlahhhh tiptop. mulutnya setakat ni tak pernah dengar lagi benda yang tak bermanfaat. sentiasa tersenyum lagi. kalau salam tu tegap genggaman tangannya, hangat pelukannya. aicewahh. eh, tapi serious ni

orang2 sebegini, terlalu sering membuatkan aku macam muhasabah on the spot. rasa macam langit dengan bumi. rasa macam, wahh bestnya dia ni mampu mengingatkan manusia lain kepada Allah tanpa berkata sepatah pun!

dan sangat pasti lah, bagaimana mungkin orang yang tidak mengingati Allah dapat pula mengingatkan orang lain kepada Allah....

terima kasih ya Allah.. memberikan aku peluang untuk bersentuhan hati dengan orang2 yang dekattt denganMu.. di jalan dakwah dan tarbiyyah ini.. walaupun aku ni, tak 'amil macam dorang pon..

Wednesday, December 26, 2012

kekawan lelama

assalamualaikum.

lately ni aku selalu nampak kawan2 sekolah rendah aku di kaca tv. pelakon beberapa orang, pelumba kereta sorang. dah femes2 korang ni yeh.

sorang tu aku rapat gile gak masa sekolah rendah dulu, siap pergi rumah dia on weekend untuk main2. hahah. tapi dia tu memang family retis. broken family lagi. apa agaknya citer sekarang. moga kau kuat lah.

lagi sorang tu, rapat gak. tapi jarang ar hang out kat luar. sebab dia kelas lain. cuma aku takkan lupa dia belanja aku t-shirt jogathon masa darjah enam. time tu dia tengah scandal dengan sorang mamat hot kawasan perumahan aku. aku yang perkenalkan TT_TT

si pelumba kereta tu pulak, selalu lawan pemadam atau shaker yang dimodified sampai jadi kebal dengan aku kat kelas. masalah aku gak terrrapat lebih dengan budak laki masa tahap rendah. dia selalu ejek aku dengan sorang mamat selekeh ni (time tu) jahat gile. tapi masa main tetap main.

melihatkan gaya hidup korang sekarang, tak ku sangka kita pernah bermu'ayasyah masa kecik dulu. entah korang ingat aku lagi tak. yelah, aku ni bukan budak hot pon dulu. al maklumlah, antara yang minoriti pakai tudung. tak cun pulak tu. oh ye, and tak sekaya korang. (wehh serious memang ada diskriminasi sebegini macam masa aku sekolah rendah. cemar nye lah kan budak2 tamang tung ni)

apa pun, kalau dah teringat kawan lama yang dah 'semacam' tu, doa doakanlah. ye, doaa.. jangan lupet.

end.

*sudah2 le tu melagha. cuti dahnak habis

Wednesday, December 12, 2012

breakfast

bismillah.

di sini saya nak rekemen satu buku best bertajuk " ya Allah kokohkan kaki kami di jalan ini " karya pak muhammad lili nur aulia. beliau ni ala2 salim a fillah gitu. tapi salim a fillah punya karya lagi sarat dengan sirah laa. best2.

disebabkan buku ni buku indon (obviously ye pada perkataan 'kokoh' tu), makanya tidaklah buku ini boleh didapati di sebarangan tempat. favourite bookstore aku, dan kebanyakan akhawat juge, pastilah FAJAR ILMU BARU yang kat wisma yakin tu.

thanks to kak dibs yang merupakan insan bertanggungjawab membawaku ke dunia buku tarbawi haraki indonesi ni. juga telah mengenalkanku kepada kedai FIB tu. tapi sekarang alhamdulillah, dah mula banyak bookstore2 yang jual buku gini. iman shoppe dan ibook kat serdang pon hado. yang malas nak bergerak tu boleh la cari2 kat internet, melambak haa orang jual buku online. tinggal nak baca je.

ok intro yang begitu panjang, tak masuk lagi ke dalam topik yang aku nak coretkan buat diri ini.

kalau tengok tajuk buku tu, bunyi dia macam ala2 ada kaitan dengan ISTIQOMAH kan. yalah, kita doa agar Allah kuattttkan thabattttkan kaki kita atas jalan yang paaaaling Dia redhai. dan kalau bab istiqomah ni, aku adalah loser terbesar T_T zeriouz.

*mula sebak dan geram kat diri* 

no wonder lah nabi pun beruban disebabkan surah hud (dalam tu ada ayat pasal istiqomah)
kalau nabi pon beruban, nabi yang sangattttt2 hebat pon boleh beruban, manusia paling istiqomah pon boleh beruban, sepatutnya kita ni gugur rambut semua bila cakap pasal istiqomah. sepatutnyalah kot huhu

kalau aku, jangan kata gugur rambut, mungkin hilang kepala terus.

memang payah. cukup payah nak istiqomah buat something. paling unacceptable, amal2 fardi dalam mutabaah yang sepatutnya pada usia ini telah mendarah daging dalam diri pon boleh fluctuate dengan drastik. jangan nak kata lah benda lain.

heh,update blog pon tak istiqomah. wekkkk (ejek diriku kepada diriku) makan herbalife tak istiqomah. pastu kalau beli pencuci muka ke pape ke yang kena pakai istiqomahly, pon semangat dalam 2,3 hari pertama je. cis.

berat nanang mung saff

berbalik kepada buku yang aku rekemen dalam perenggan pertama tadi, dia ada state kan kondisi futur yang 'baik' lah. lebih kurang gini bunyinya ;

"sebaik2nya bila kita bersemangat, semangat tu taklah melampau2 mencanak naik dan bila kita futur pula, takdelah jatuh begitu drastik gedebuk gitu" -fufuhh. faham ke? maksudnya, time tengah ok jangan melampau sangat kesemangatan tuu sampai tahajjud 20 rakaat pastu bila futur pehhhhhhh solat 5 waktu pon tak cukup. 

"sebaik2nya rentang waktu kita bersemangat tu lebih panjang dari rentang waktu kita futur" - iya, guwe bagaimana.. iman baru ok jap tetibe futur fullamak lama betul keringnya

hehh. (kadang2 memang suka buat muka macho padahal mata dah bergenang) TT_TT 

entahlah. benda ni obvious sebenarnya. bila masalah mutabaah, most probably ada masalah hablumminallah. juga, kalau tengah gadoh or selisih faham dengan sape2, ponnn sila lah cek balik hablumminallah. lagiii, kalau tiba2 je asyik teringat kat lelaki yang telah mencuri hati, fuh, sila lah cek hati kita balik. mungkin banyak sangat masa kosong? or dah jarang sangat nak fikir pasal keadaan umat and ingat Allah? cek cek..

apa yang telah bercampur dengan hatimu

hmm T_T