Tuesday, December 27, 2011

of KLUS

bismillah walhamdulillah.

jadi, bagi meraikan cik syifa' k kita yang sangat terer maths tu, saya pun mengepost lah kisah tentang KLUS ni.

KLUS tu haruslah bermaksud Akhawat Kuala Lumpur - Selangor. haha kan.

kadang2 aku pelik, kalau aku pergi mana2 majoriti orang mesti berasal dari kelantan. kat dq contohnya, paling dominan rasanya orang kelantan. haritu aku jumpa kakak2 dari UTHM, bila ditanya majoriti diorang berasal dari mana, dari kelantan jugak. aku rasa macam ramainya lah orang kelantan atas muka bumi ni. erk.

macam kalau kat dq nih, ada persatuan anak kelantan lah, anak pantai timur lah, anak johor lah pahang lah dan seterusnya. cuma anak2 kl selangor tak pernah ada haha. jadinya haritu masa duduk2 sesama bebudak iqrac, kitorang pun terpikir, kenapa tak ada persatuan anak kl selangor eh, padahal kat dq ni rasanya ramai jugak budak kl selangor (walaupun mungkin tak seramai oghe kelate)

ha, since then lah tertubuhnya persatuan akhawat kuala lumpur - selangor nih. kenapa akhawat? sebab kitorang tak melibatkan memana banin, tak perlu pun ok setakat ni. dan setakat ni keahlian hanyalah terdiri daripada kanak2 iqrac, jadi kakak2 diploma yang berminat nak join venture tak ada masalah, boleh berhubung terus dengan mas'ulah kami iaitu cik faqihah ^^ oh ye, persatuan KLUS ni telah pun direstui oleh ketua iqrac banat, cik nada kita ye. (walaupun cik nada ni anak pantai timur wahaha)

pastilah kewujudan KLUS ni bukannya main2, adalah hadaf kami yang tertentu. jadi untuk cuti sem ni macam7 plan telah dibincangkan untuk buat. kemain lagi pong pang pong pang bermesyuarat tatapi akhirnya macam biasalah, tak jadi pun segala plan tu wihihi.

tapi! ha, tapi alhamdulillah satu plan untuk ziarah akhawat dq kat uia pj telah pun terealisasi dengan izin Allah.

jadi satu hari tu pun kami ramai2 (tak ramai pun ok, tak sampai 10 orang pun KLUS yang lain semua ada masyaqqah masing2 T_T ) bergerak ke uia pj. sampai je sana macam biasa lah, terkejut melihatkan cik tipah yang dah makin susut badannya, aku syak dia ni terlampau kuat belajar, tipah2.. berjumpa juga dengan syifa' , aisyah zul , sarah , fatimah omar.

macam biasalah perempuan buat apa lagi, sembang7 lepas sembang lapar. jadinya masa ahli rombongan (tak payah nak rombongan sangat la kan semua dok kl je haha) nak beli makanan untuk lunch, cik syifa' ada berpesan jangan beli berat2 sangat.

pelik jugak kenapa dia berpesan macam tu, tapi ahli rombongan hanya tidak mempedulikan arahan cik syifa' lantaran kelaparan yang dah terlalu unbearable.

lepas tu makan7 lepas makan nak balik. HAHA. tapi kanak2 uia ni kemain lagi tak bagi kitorang balik awal, disuruh tunggu lagi sampai zohor nanti bulih zohor sesama (padahal time tu baru kol 11 senget2 ok).

rupa2nya diorang nak buat surprise lahhh. cik syifa' dan cik tipah(yang susut tadi tu) tetiba keluar dan masuk balik bilik bersama berkotak2 pizza. alhamdulillah. hihi. diorang nak belanja ahli rombongan makan pizza rupanya :') siap ajak kakak2 gen 11 sekali iaitu lah kak azlina kak shazmiera kak najwa and so on..

apa2 pun, akhawati yang telah mendahului kami ke uia, jazakunnallahu khairan katheera atas layanannya, atas pizzanya dan atas segalanya. korang ni kita tengok makin sweet dari hari ke hari lahh. :)

(credit to kak syaf)
waAllahua'alam.

Monday, December 12, 2011

pasca TOPS

"serius dalam perjuangan. kerja kita ni bukan main-main.
terbitkan amal. terbitkan amal. terbitkan amal.
bukan HANYA duduk depan laptop dan taip keyboard saja.
perjuangan macam mana tu kalau tak keluar peluh dan air mata."

T_T